- PENGENALAN
- 1. PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2. KONTRAK SOSIAL
- RUJUKAN
- KESIMPULAN
Wednesday, 24 August 2016
Tuesday, 23 August 2016
PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
BAB INI MEMBINCANGKAN TENTANG PERUNTUKAN UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN . SELAIN ITU, MEMBINCANGKAN HAK ASASI KEBEBASAN INDIVIDU
peruntukan utama perlembagaan terbahagi kepada 5 perkara iaitu bahasa melayu , kedudukan keistimewaan orang melayu , agama Islam , kewarganegaraan dan hak asasi
SOALAN PENGUKUHAN.
Jawapan. klik sini
peruntukan utama perlembagaan terbahagi kepada 5 perkara iaitu bahasa melayu , kedudukan keistimewaan orang melayu , agama Islam , kewarganegaraan dan hak asasi
1. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU disini
2. KEDUDUKAN AGAMA ISLAM disini
3. HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU disini
4. HAK KEWARGANEGARAAN disini
5. HAK ASASI disini
klik disini untuk lebih pengetahuan
SOALAN PENGUKUHAN.
- Apakah peruntukan perlembagaan ?
- Apakah peruntukan perkara 150(6a)?
- Apakah lingua franca bahasa perantaraan negara Malaysia?
- Bahagaimanakah perlembagaan persekutuan mentakrifkan orang melayu?
- Bagaimanakah individu boleh kehilangan hak warganegara?
- Nyatakan cara-cara untuk individu memohon kewarganegaraan di Malaysia?
- Jelaskan maksud kontrak sosial?
Jawapan. klik sini
KONTRAK SOSIAL
Kekeliruan Mengenai Kontrak Sosial
Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.
Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga. Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut dihentikan.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kontrak Sosial?
Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
Mengapa Isu Kontrak Sosial Timbul?
Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.
Adakah Kontrak Sosial Terkandung Dalam Perlembagaan?
Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.
Apakah Perkara Penting Perlu Difahami Dalam Kontrak Sosial?
Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.
Apakah Hubung Kait Kontrak Sosial Dengan Negara dan Bangsa Malaysia?
Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.Malaysia adalah Negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu
apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 160
mendefinisikan orang Melayu sebagai
‘’seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu,
menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di
Tanah Melayu atau Singapura, atau seseorang itu telah bermastautin di Tanah
Melayu atau Singapura pada hari merdeka atau (b) ia adalah keturunan seseorang
yang tersebut. Hak istimewa orang Melayu merujuk kepada tiga perkara utama,
iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.
Berdasarkan peruntukan Perkara 153 (2), YDPA atas nasihat
Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk menetukan perizaban jawatan di dalam
sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Tujuan kuota
atau perizaban ini diadakan adalah untuk mengimbangi pola kakitangan awam dalam
sektor awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun
kemerdekaan. Kebanyakan jawatan rendah dalam pentadbiran Tanah Melayu semasa
penjajahan British dipegang oleh golongan kaum lain terutama orang India dan
Sri Langka yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Jawatan tinggi pula dipegang
oleh pegawai-pegawai British.
Bagi aspek ekonomi, YDPA bertanggungjawab membantu urusan
orang-orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam urusan perniagaan
dan perdagangan seperti dalam Perkara 153 (6) Perlembagaan Persekutuan. YDPA
berhak mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang
Melayu mengikut kadar perizaban.
Bagi aspek pendidikan, YDPA bertanggungjawab melindungi
keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pemberian
biasisiwa, bantuan dan keistimewaan pelajaran, serta latihan atau kemudahan
khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain adalah berkaitan
dngan tanah rizab Melayu yang termaktub dalam Perkara 89 dan 90 Perlembagaan
Persekutuan. Perkara 89 menyentuh tentang tanah rizab Melayu, manakala Perkara
90 menyentuh tentang pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan
Melaka serta tanah pegangan Melayu di Terengganu.
Selain itu, Perkara 8
(5)(f) mengehadkan pengambilan kemasukan dalam perkhidmatan Rejimen Askar
Melayu kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain
adalah terbuka kepada semua kaum di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.Selain itu ,
Hak Istimewa orang Melayu
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu
Sunday, 21 August 2016
HAK ASASI
Istilah "kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan pada rakyat.
Bahagian II,perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan
Persekutuan Peruntukkan 9 hak asasi :
Hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan
Perkara 7
Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuatkuasa kebelakang
dan perbicaraan berulang
Perkara 8
Kesamarataan
Perkara 9
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Perkara 10
Kebebasan bercakap,berhimpun dan berpersatuan
Perkara 11
Kebebasan beragama
Perkara 12 Hak
terhadap pendidikan
Perkara 13 Hak
terhadap harta
-Semua rakyat berhak dapat perlindungan dan kesamarataan di
sisi undang-undang
-Jika individu ditangkap,dia hendaklah diberitahu sebab dia
ditangkap dengan segera & dia dibenarkan untuk membela diri
-Jika individu didakwa,dia perlu mendapat perbicaraan yang
adil.
-Tertuduh tidak boleh ditiduh dengan tuduhan yang sama kali
kedua sekiranya telah dilepaskan & dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan
yang sama.
-Isu sensitif berkaitan agama,bahasa kebangsaan,hak istimewa
orang melayu dan kedudukan raja-raja Melayu dilarang untuk dibincangkan secara
terbuka.Tujuan adalah demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat
Malaysia.
i) tiada seseorang
pun boleh diambil nyawa atau kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
-orang yang bersalah hendaklah dibuktikan di mahkamah
sebelum didenda, dipenjara atau dihukum mati.
-orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya
dan diberi peluang untuk membela dirinya.
ii) semua bentuk
kerja paksa adalah dilarang.
-tetapi parliment boleh membuat undang-undang bagi kerahan
tenaga untuk maksud negara sepeti mempertahankan negara ketika diserang oleh
musuh.
iii) semua orang
adalah sama rata di sisi undang-undang
-tidak mengira keturunan ,kedudukan,pngkat,agama,dan jantina
serta mendapat perlindungan undang-undang yang same rata
-tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
mengikut undang-undang.
-jika sesuatu harta perlu digunakan atau sdiambil maka harta
itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang mencukupi.
*kebebasan yang diberi
tidak bermaksud kita boleh melanggar undang-undang.
HAK KEWARGANEGARAAN
Isu berkaitan
kewarganegraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Hak
serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara
14 hingga 22. Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan dengan kehilangan hak
kewarganegaraan.
Secara umumnya,
seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui kuat kuasa
undang-undang, pendaftaran, permohonan kemasukan dan melalui percantuman
wilayah seperti dalam Jadual 2.5, Jadual 2.6 dan Jadual 2.7.
2 sebab individu hilang hak kewarganegaraan
Individu menolak kewarganegaraannya.
apabila
terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu lakukan
tindakan bertentangan dengan kehendak Perlembagaan:
-Tidak lagi berminat untuk kekalkan kewarganegaraan dengan menjadi
warganegara asing -Tidak lagi setia pada negara melalui tindakan atau percakapan
-Telah bermastautin di negara asing lebih dari 5 tahun secara berterusan
& tidak pernah lapor atau daftar di Pejabat Konsul Persekutuan
Proses
perlucutan kewarganegaraan
- dilakukan
oleh pihak kerajaan melalui proses kehakiman
1. Pemberitahuan secara bertulis serta alasan
kepada individu
yang
dikenakan perintah pelucutan
2. Individu berkenaan merujuk kesnya kepada
sebuah
jawatankuasa siasatan.
3. Penentuan pelucutan kewarganegaraan oleh
kerajaan menerusi
laporan
daripada jawatankuasa siasatan
Perlembagaan
memperuntukkan setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan tertentu:cth:
Hak perlindungan
keselamatan diri dan harta benda
kemudahan pendidikan dan
kesihatan
kebebasan
beragama,percakapan dan berkumpul
-kewarganegaraan merupakan status yang dimiliki oleh setiap
individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
-status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu
.
-status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
i) mengundi dalam pilihan raya
ii) mengambil
bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihan
raya,menjadi wakil
rakyat,menjadi
menteri dan sebagainya.
iii) memiliki harta
dan membangunkannya.
iv) bergerak dengan
bebas ke mana-mana bahagian negara.
v) menerima
manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan
sebagainya.
-hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
-rakyat bertanggungjawab untuk:
i) mematuhi
undang-undang negara dan negeri.
ii) memberi khidmat
kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara apabila diserang
musuh dengan
menyertai pasukan keselamatan.
iii) menyumbang
terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
iv) menyokong dan
mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari-
Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan
sebagainya
Saturday, 20 August 2016
KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktupkan agama islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkata 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sawarak, dan Wilayah Persekutuan ( Putrajaya,Labuan,dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili Raja-raja Melayu.
Majlis kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam
telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 17 Oktober 1968 bagi menyelaras
pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam pada peringkat persekutuan. Antara tugas
Majlis kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah menasihati Majlis Raja-Raja,
Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri hal-hal berkaitan dengan hukum syarak,
pendidikan Islam atau apa-apa perkara yang diajukan kepadanya dengan tujuan
untuk memperbaik dan mengadakan penyeragaman dari aspek hukum syarak dan
pentadbiran islam.
Malis Agama Islam ditubuhkan di setiap
negeri berdasarkan undang-undang negeri. Majlis Agama Islam berperanan untuk
menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam. Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada
undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain kepada orang yang
menganuti agama islam. Hal ini menunjukkan bahawa penganut agama lain tidak
bolrh menyebarkan agama mereka kepada orang islam. Perkara 12 (2) pula
memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan
atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan
atau membantu agama Islam.
Hukum syarak dan undang-undang bagi agama
Islam termaktub dalam Seksyen 1 bagi Senarai Negeri dalam Jadual ke-9
Perlembagaan Persekutuan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam
berada di bawah kuasa Perundangan Negeri adalah seperti berikut:-
a) Perwarisan ( berwasiat dan tidak
berwarisat )
b) Munakahat ( pertunangan, perkahwinan,
penceraian, mas kawin, nafkah dll )
c) Wakaf dan takrif serta
pengawalseliaan amanah khairat.
d) Adat istiadat Melayu
e) Zakat, Fitrah dan Baitulmal
f) Masjid atau tempat solat awam
g) Mengadakan hukum bagi kesalahan yang
dilakukan oleh orang Islam terhadp rukun Islam ( kecuali perkara yang termasuk
dalam Senarai Perekutuan )
h) Keanggotaan, susunan dan tatacara
Mahkamah Syariat
i)
Mengawal
pengembangan dokrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama islam.
HAK KEBEBASAN AGAMA
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
Bahasa melayu sebagai lingua franca bahasa perantaraan Negara ini sejak zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15. Bahasa melayu digunakan secara ,meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat menyurat, perundangan dan kehakiman di negari-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Perkara 152 menegaskan bahawa bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan bagi Negara. Bahasa melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Namun, bahasa selain bahasa melayu tidak dilarang untuk digunakan. Peruntukan perkara 150(6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun keaadaan darurat, hal-hal berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh Perlembagaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.
Bahasa Melayu
dipilih sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi medium penyatuan bahasa Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional.
Proses pemilihan dan penetapan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)