Tuesday 23 August 2016

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 160 mendefinisikan orang Melayu sebagai  ‘’seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari merdeka atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut. Hak istimewa orang Melayu merujuk kepada tiga perkara utama, iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.

Berdasarkan peruntukan Perkara 153 (2), YDPA atas nasihat Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk menetukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Tujuan kuota atau perizaban ini diadakan adalah untuk mengimbangi pola kakitangan awam dalam sektor awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun kemerdekaan. Kebanyakan jawatan rendah dalam pentadbiran Tanah Melayu semasa penjajahan British dipegang oleh golongan kaum lain terutama orang India dan Sri Langka yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Jawatan tinggi pula dipegang oleh pegawai-pegawai British.
Bagi aspek ekonomi, YDPA bertanggungjawab membantu urusan orang-orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam urusan perniagaan dan perdagangan seperti dalam Perkara 153 (6) Perlembagaan Persekutuan. YDPA berhak mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang Melayu mengikut kadar perizaban.
Bagi aspek pendidikan, YDPA bertanggungjawab melindungi keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pemberian biasisiwa, bantuan dan keistimewaan pelajaran, serta latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain adalah berkaitan dngan tanah rizab Melayu yang termaktub dalam Perkara 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 89 menyentuh tentang tanah rizab Melayu, manakala Perkara 90 menyentuh tentang pengecualian undang-undang yang ada  berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta tanah pegangan Melayu di Terengganu.


 Selain itu, Perkara 8 (5)(f) mengehadkan pengambilan kemasukan dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua kaum di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.Selain itu , 
Hak Istimewa orang Melayu


Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu


No comments:

Post a Comment