Saturday 20 August 2016

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

             Bahasa melayu sebagai lingua franca bahasa perantaraan Negara ini sejak zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15. Bahasa melayu digunakan secara ,meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat menyurat, perundangan dan kehakiman di negari-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Perkara 152 menegaskan bahawa bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan bagi Negara. Bahasa melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Namun, bahasa selain bahasa melayu tidak dilarang untuk digunakan. Peruntukan perkara 150(6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun keaadaan darurat, hal-hal berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh Perlembagaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.

     Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi medium penyatuan bahasa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional. Proses pemilihan dan penetapan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.







      

No comments:

Post a Comment