Isu berkaitan
kewarganegraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Hak
serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara
14 hingga 22. Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan dengan kehilangan hak
kewarganegaraan.
Secara umumnya,
seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui kuat kuasa
undang-undang, pendaftaran, permohonan kemasukan dan melalui percantuman
wilayah seperti dalam Jadual 2.5, Jadual 2.6 dan Jadual 2.7.
2 sebab individu hilang hak kewarganegaraan
Individu menolak kewarganegaraannya.
apabila
terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu lakukan
tindakan bertentangan dengan kehendak Perlembagaan:
-Tidak lagi berminat untuk kekalkan kewarganegaraan dengan menjadi
warganegara asing -Tidak lagi setia pada negara melalui tindakan atau percakapan
-Telah bermastautin di negara asing lebih dari 5 tahun secara berterusan
& tidak pernah lapor atau daftar di Pejabat Konsul Persekutuan
Proses
perlucutan kewarganegaraan
- dilakukan
oleh pihak kerajaan melalui proses kehakiman
1. Pemberitahuan secara bertulis serta alasan
kepada individu
yang
dikenakan perintah pelucutan
2. Individu berkenaan merujuk kesnya kepada
sebuah
jawatankuasa siasatan.
3. Penentuan pelucutan kewarganegaraan oleh
kerajaan menerusi
laporan
daripada jawatankuasa siasatan
Perlembagaan
memperuntukkan setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan tertentu:cth:
Hak perlindungan
keselamatan diri dan harta benda
kemudahan pendidikan dan
kesihatan
kebebasan
beragama,percakapan dan berkumpul
-kewarganegaraan merupakan status yang dimiliki oleh setiap
individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
-status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu
.
-status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
i) mengundi dalam pilihan raya
ii) mengambil
bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihan
raya,menjadi wakil
rakyat,menjadi
menteri dan sebagainya.
iii) memiliki harta
dan membangunkannya.
iv) bergerak dengan
bebas ke mana-mana bahagian negara.
v) menerima
manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan
sebagainya.
-hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
-rakyat bertanggungjawab untuk:
i) mematuhi
undang-undang negara dan negeri.
ii) memberi khidmat
kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara apabila diserang
musuh dengan
menyertai pasukan keselamatan.
iii) menyumbang
terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
iv) menyokong dan
mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari-
Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan
sebagainya
No comments:
Post a Comment