Tuesday 23 August 2016

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAB INI MEMBINCANGKAN TENTANG PERUNTUKAN UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN . SELAIN ITU, MEMBINCANGKAN HAK ASASI KEBEBASAN INDIVIDU


peruntukan utama perlembagaan terbahagi kepada 5 perkara iaitu bahasa melayu , kedudukan keistimewaan orang melayu , agama Islam , kewarganegaraan dan hak asasi  







1. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU disini
2. KEDUDUKAN AGAMA ISLAM disini
3. HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU disini
4. HAK KEWARGANEGARAAN disini
5. HAK ASASI disini


klik disini untuk lebih pengetahuan

SOALAN PENGUKUHAN.

  1. Apakah peruntukan perlembagaan ?
  2. Apakah peruntukan perkara 150(6a)?
  3. Apakah lingua franca bahasa perantaraan negara Malaysia?
  4. Bahagaimanakah perlembagaan persekutuan mentakrifkan orang melayu?
  5. Bagaimanakah individu boleh kehilangan hak warganegara?
  6. Nyatakan cara-cara untuk individu memohon kewarganegaraan di Malaysia?
  7. Jelaskan maksud kontrak sosial?



Jawapan. klik sini

KONTRAK SOSIAL




Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina danIndia. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara Malaysia dan seterusnya menentukan sifat sesebuah Negara.

Kekeliruan Mengenai Kontrak Sosial

Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.
Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga. Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut dihentikan.


Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kontrak Sosial?

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.


Mengapa Isu Kontrak Sosial Timbul?

Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.


Adakah Kontrak Sosial Terkandung Dalam Perlembagaan?

Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.


Apakah Perkara Penting Perlu Difahami Dalam Kontrak Sosial?

Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.


Apakah Hubung Kait Kontrak Sosial Dengan Negara dan Bangsa Malaysia?


Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.Malaysia adalah Negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.




HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 160 mendefinisikan orang Melayu sebagai  ‘’seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari merdeka atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut. Hak istimewa orang Melayu merujuk kepada tiga perkara utama, iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.

Berdasarkan peruntukan Perkara 153 (2), YDPA atas nasihat Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk menetukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Tujuan kuota atau perizaban ini diadakan adalah untuk mengimbangi pola kakitangan awam dalam sektor awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun kemerdekaan. Kebanyakan jawatan rendah dalam pentadbiran Tanah Melayu semasa penjajahan British dipegang oleh golongan kaum lain terutama orang India dan Sri Langka yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Jawatan tinggi pula dipegang oleh pegawai-pegawai British.
Bagi aspek ekonomi, YDPA bertanggungjawab membantu urusan orang-orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam urusan perniagaan dan perdagangan seperti dalam Perkara 153 (6) Perlembagaan Persekutuan. YDPA berhak mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang Melayu mengikut kadar perizaban.
Bagi aspek pendidikan, YDPA bertanggungjawab melindungi keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pemberian biasisiwa, bantuan dan keistimewaan pelajaran, serta latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain adalah berkaitan dngan tanah rizab Melayu yang termaktub dalam Perkara 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 89 menyentuh tentang tanah rizab Melayu, manakala Perkara 90 menyentuh tentang pengecualian undang-undang yang ada  berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta tanah pegangan Melayu di Terengganu.


 Selain itu, Perkara 8 (5)(f) mengehadkan pengambilan kemasukan dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua kaum di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.Selain itu , 
Hak Istimewa orang Melayu


Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu


Sunday 21 August 2016

HAK ASASI


Istilah "kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan pada rakyat.
Bahagian II,perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan Persekutuan Peruntukkan 9 hak asasi :
Hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan

Perkara 7         Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuatkuasa kebelakang
                        dan perbicaraan berulang
Perkara 8         Kesamarataan
Perkara 9         Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Perkara 10       Kebebasan bercakap,berhimpun dan berpersatuan
Perkara 11       Kebebasan beragama
Perkara 12       Hak terhadap pendidikan
Perkara 13       Hak terhadap harta

-Semua rakyat berhak dapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang
-Jika individu ditangkap,dia hendaklah diberitahu sebab dia ditangkap dengan segera & dia dibenarkan untuk membela diri
-Jika individu didakwa,dia perlu mendapat perbicaraan yang adil.
-Tertuduh tidak boleh ditiduh dengan tuduhan yang sama kali kedua sekiranya telah dilepaskan & dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.

-Isu sensitif berkaitan agama,bahasa kebangsaan,hak istimewa orang melayu dan kedudukan raja-raja Melayu dilarang untuk dibincangkan secara terbuka.Tujuan adalah demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

i)  tiada seseorang pun boleh diambil nyawa atau kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
-orang yang bersalah hendaklah dibuktikan di mahkamah sebelum didenda, dipenjara atau dihukum mati.
-orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dan diberi peluang untuk membela dirinya.

ii)  semua bentuk kerja paksa adalah dilarang.
-tetapi parliment boleh membuat undang-undang bagi kerahan tenaga untuk maksud negara sepeti mempertahankan negara ketika diserang oleh musuh.

iii)  semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang
-tidak mengira keturunan ,kedudukan,pngkat,agama,dan jantina serta mendapat perlindungan undang-undang yang same rata
-tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
-jika sesuatu harta perlu digunakan atau sdiambil maka harta itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang mencukupi.

 *kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh melanggar undang-undang.

HAK KEWARGANEGARAAN

     Isu berkaitan kewarganegraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara 14 hingga 22. Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan dengan kehilangan hak kewarganegaraan.
     Secara umumnya, seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, permohonan kemasukan dan melalui percantuman wilayah seperti dalam Jadual 2.5, Jadual 2.6 dan Jadual 2.7.




2 sebab individu hilang hak kewarganegaraan
Individu menolak kewarganegaraannya.
apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu lakukan tindakan bertentangan dengan kehendak Perlembagaan: 

 -Tidak lagi berminat untuk kekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing                                                                                             -Tidak lagi setia pada negara melalui tindakan atau percakapan                                                              
-Telah bermastautin di negara asing lebih dari 5 tahun secara berterusan & tidak pernah lapor atau daftar di Pejabat Konsul Persekutuan

Proses perlucutan kewarganegaraan
- dilakukan oleh pihak kerajaan melalui proses kehakiman   
1.   Pemberitahuan secara bertulis serta alasan kepada individu
yang dikenakan perintah pelucutan 
2.   Individu berkenaan merujuk kesnya kepada sebuah
  jawatankuasa siasatan.
3.   Penentuan pelucutan kewarganegaraan oleh kerajaan menerusi
laporan daripada jawatankuasa siasatan
Perlembagaan memperuntukkan setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan tertentu:cth:
                         


                     Hak perlindungan keselamatan diri dan harta benda
                     kemudahan pendidikan dan kesihatan
                     kebebasan beragama,percakapan dan berkumpul





-kewarganegaraan merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara.

-status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu
.

-status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
   i)  mengundi dalam pilihan raya
   ii) mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihan raya,menjadi wakil
       rakyat,menjadi menteri dan sebagainya.
   iii) memiliki harta dan membangunkannya.
   iv) bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian negara.
    v) menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan sebagainya.
-hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
-rakyat bertanggungjawab untuk:
   i) mematuhi undang-undang negara dan negeri.
   ii) memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara apabila diserang
      musuh dengan menyertai pasukan keselamatan.
  iii) menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
  iv) menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari-

      Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya




Saturday 20 August 2016

KEDUDUKAN AGAMA ISLAM



Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktupkan agama islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkata 3(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sawarak, dan Wilayah Persekutuan ( Putrajaya,Labuan,dan Kuala Lumpur ) bagi mewakili Raja-raja Melayu.
      Majlis kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 17 Oktober 1968 bagi menyelaras pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam pada peringkat persekutuan. Antara tugas Majlis kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah menasihati Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri hal-hal berkaitan dengan hukum syarak, pendidikan Islam atau apa-apa perkara yang diajukan kepadanya dengan tujuan untuk memperbaik dan mengadakan penyeragaman dari aspek hukum syarak dan pentadbiran islam.
     Malis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri. Majlis Agama Islam berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam. Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain kepada orang yang menganuti agama islam. Hal ini menunjukkan bahawa penganut agama lain tidak bolrh menyebarkan agama mereka kepada orang islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu agama Islam. 
     Hukum syarak dan undang-undang bagi agama Islam termaktub dalam Seksyen 1 bagi Senarai Negeri dalam Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam berada di bawah kuasa Perundangan Negeri adalah seperti berikut:-
a)      Perwarisan ( berwasiat dan tidak berwarisat )
b)      Munakahat ( pertunangan, perkahwinan, penceraian, mas kawin, nafkah dll )
c)      Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat.
d)      Adat istiadat Melayu
e)      Zakat, Fitrah dan Baitulmal
f)       Masjid atau tempat solat awam
g)      Mengadakan hukum bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadp rukun Islam ( kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Perekutuan )
h)      Keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariat
i)        Mengawal pengembangan dokrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama islam.
 


HAK KEBEBASAN AGAMA








KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

             Bahasa melayu sebagai lingua franca bahasa perantaraan Negara ini sejak zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15. Bahasa melayu digunakan secara ,meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat menyurat, perundangan dan kehakiman di negari-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Perkara 152 menegaskan bahawa bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan bagi Negara. Bahasa melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Namun, bahasa selain bahasa melayu tidak dilarang untuk digunakan. Peruntukan perkara 150(6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun keaadaan darurat, hal-hal berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh Perlembagaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.

     Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi medium penyatuan bahasa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional. Proses pemilihan dan penetapan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan semua kaum di negara ini.